Showing posts with label Anwar. Show all posts
Showing posts with label Anwar. Show all posts

Thursday, August 28, 2008

7 Faktor Anwar Menang or should i say BN kalah

1 Umno sama ada di peringkat Permatang Pauh mahupun di peringkat negeri berada dalam keadaan yang amat lemah.Transformasi politik di peringkat negeri telah melemahkan kedudukan Umno Pulau Pinang dan sehingga kini masih belum pulih dan terus bergolak. Transformasi kerajaan negeri daripada BN kepada Pakatan Rakyat telah menyebabkan punca pendapatan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian tergendala. Pemimpin-pemimpin peringkat ini tidak lagi mempunyai apa-apa peranan dalam negeri - dan keadaan ini turut menyumbang kepada kelemahan pentadbiran peringkat bahagian. Berbeza sama sekali dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dari segi pengurusan organisasi.

2 Faktor calon menyumbang kepada prestasi parti dalam pilihanraya kecil namun sehingga kini calon umno belum diumumkan. Malah tawaran diri untuk bertanding oleh Mohamad Ezam Mohd Nor telah ditolak oleh Umno Permatang Pauh. Manakala mufti Perlis walaupun ditawarkan untuk bertanding telah menolak. Calon tempatan bersesuaian, namun kemungkinan besar akan berlaku sabotaj di peringkat bahagian sendiri kerana sekiranya calon BN dari Umno menang, beliau akan menjadi pemimpin besar baik di peringkat bahagian mahupun persekutuan. Pemimpin bahagian yang tidak terpilih pula akan berusaha untuk menghalang kemenangan tersebut. Calon PKR iaitu Anwar sendiri dilihat sebagai seorang calon gergasi - berbanding keupayaan berpidato calon BN yang amat kurang dalam kalangan pemimpin BN buat ketika ini.

3 Keputusan kerajaan Persekutuan menangguhkan atau membatalkan beberapa projek mega yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang telah meningkatkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan rakyat negeri. Walaupun perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri anak negeri itu, tindakan kerajaan pimpinannya telah ditafsirkan sebagai satu keputusan politik untuk "membalas dendam". Perkara ini dijangka menjadi satu isu dan akan diinterpretasikan dalam bentuk undi. Kerajaan negeri, walaupun dikuasai oleh Pakatan Rakyat, namun masih terlalu awal untuk menilai keupayaan dan kebolehan pentadbiran. Pemimpin-pemimpin negeri akan mengadu bahawa kerajaan persekutuan menganaktirikan kerajaan negeri dan gagal memberikan bantuan sewajarnya walaupun rakyat Pulau Pinang turut menyumbang dari segi bayaran cukai.

4 Kenaikan harga barang, petroleum dan situasi ekonomi yang tidak menentu juga turut menjadi isu. Walaupun pilihanraya umum telah berlalu, namun setakat ini kerajaan persekutuan masih belum bergerak dengan pantas kerana perebutan kuasa dalam Umno. Perebutan kuasa dan usaha-usaha berterusan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti telah menghalang penumpuan dalam tugas-tugas kerajaan. Hasilnya, usaha-usaha untuk menangani kemelesetan ekonomi dan isu-isu yang mempunyai kepentingan rakyat terbantut. Keadaan ini menyebabkan taraf kehidupan rakyat semakin terancam dan terganggu. Ia akan menimbulkan ketidakpuasaan hati yang akan mendorong pemilih untuk tidak mengundi calon BN.

5 Kes moral yang ditimbulkan semula mempunyai kesan timbal balas kepada parti pemerintah. Majoriti tidak bersetuju dan tidak percaya tuduhan terbaru terhadap Anwar. Kajian Merdeka Center membuktikan masyarakat tidak menerima tuduhan tersebut dan menganggap laporan polis ke atas Anwar satu konspirasi politik. Dalam situasi yang sedemikian, Umno sebenarnya terperangkap. Sekiranya tuduhan dikenakan ke atas Anwar sebelum tarikh penamaan calon, maka dunia akan melihat tindakan tersebut sebagai satu usaha kerajaan BN untuk menghalang beliau daripada kembali ke dalam arus perdana politik negara tetapi sekiranya Pejabat Peguam Negara berpendapat, tidak ada fakta untuk didakwa di mahkamah, maka dunia akan turut menyalahkan parti pemerintah kerana cuba membina kes palsu untuk menghalang kebangkitan Anwar.

6 Tidak dilupakan juga pengundi Cina dan India. Gabungan dua kumpulan pemilih tersebut 17,826 undi yang merupakan satu jumlah yang agak besar. Dalam situasi sekarang, tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan sebilangan besar daripada dua kumpulan masyarakat tersebut tidak akan mengundi parti pemerintah. Tahap ketidakpuasaan hati mereka lebih tinggi terhadap Umno daripada MCA atau MIC.

7 Walaupun BN masih mempunyai kelebihan kerana menguasai media, sumber kewangan dan jentera kerajaan, namun P44 bukanlah satu laluan mudah untuk dimenangi. Sekiranya kerajaan persekutuan membuat pelaburan secara besar-besaran seperti yang dilakukannya dalam pilihanraya Ijok atau menumpukan terlalu banyak masa untuk menonjolkan isu moral atau melaksanakan strategi serangan peribadi ke atas Dr Wan Azizah atau DSAI, ia akan mengundang lebih banyak tindak balas negatif daripada pemilih.

p/s: may the truth prevail.....!!!!

Thursday, August 14, 2008

Permatang Pauh - an overview

Recent Winners History Permatang Pauh


Calon Bertanding
Parti KeADILan Rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Barisan Nasional Barisan Nasional - Umno
Datuk Arif Shah Omar Shah
Angkatan Keadilan Insan Malaysia Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)
-tba-

Pendapat 'Seorang Sahabat'
Seperti diketahui umum, Datuk Seri Dr Wan Azizah telah meletak jawatannya sebagai ketua pembangkang & ahli parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. Datuk Arif Shah Omar Shah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya sebagai calon BN.

Pada pandangan saya, BN tidak akan menggadaikan Ezam untuk bertanding melawan DSAI kerana politik Ezam masih jauh & jika kalah, reputasi Ezam akan jatuh teruk & BN akan merasai kesan kekalahan Ezam. Ini sekali akan menyusahkan lagi BN.

Perlu diingat, DSAI adalah ancaman terbesar BN pada ketika ini. Apa jua tindakan yg dilakukan oleh DSAI pasti sedang diperhatikan "mereka" untuk terus menjatuhkan DSAI. Belum pun piliharanraya berlansung, BN telah melancarkan perang 'saikologi' terhadap DSAI. Tah la dek nooo !!!!

Mungkin, semakin hampir election DSAI akan ditahan kerana tuduhan liwat. Sekali gus menyaksikan pilihanraya Permatang Pauh tanpa DSAI. election terpaksa juga diadakan kerana menyandangnya telah meletakkan jawatan & jika ini berlaku, Dr Wan Azizah tidak lagi menjadi calon. Setiap ahli parlimen yg meletak jawatan tidak dibenarkan bertanding selama 5 tahun (1 penggal).........haru klo camtuh !!!

BN pasti akan melakukan apa saja untuk menidakkan kemenangan DSAI dalam pilihanraya akan datang. Ura2 menyatakan minyak akan turun september ini adalah satu bentuk rasuah berkempen walhal harga minyak dunia bukan akan turun tapi telah pun turun.

Kepada pengundi permatang pauh, undinya dengan rasional janganlah dengan emosi. Setiap undian anda beerti kepada kami seluruh rakyat Malaysia yg dahagakan perubahan. pedulikan segala cemuhan, fitnah yg dilemparkan pada DSAI.

Kami seluruh rakyat berdoa kemenangan DSAI & cita2 DSAI mencapai kejayaan.

Amin

p/s: The truth always prevail......!!!!!